Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday

Lilypie - Second Birthday

Labels

business (1) DAI (24) DIY (5) food (26) frens (4) hobby (16) ibu (2) jalan-jalan (5) journey to my big day (34) joy (10) life (100) love (67) mom-to-be (46) mrs. (15) my big day (4) my items (5) my pet (11) my recipe (9) quick update (61) review (4) shopping (11) tips (29) work (20) WW (10)

Saturday, 4 August 2012

resipi: gulai ayam versi kelantan

assalamualaikum

hari ni nak share resipi gulai ayam versi kelantan ye selamber je letak nama hehe . selalu kalau kat kelantan, orang panggil gulai darat sebab guna rempah gulai darat, bukan rempah kari ke rempah gulai biasa. dan resipi ni bonda tercinta yang ajar time saya gedik konon nak belajar buat gulai sebelum kahwin. hehe. dan yang paling penting boleh layan selera makan encik suami sebab dia sangat-sangat suka makan gulai version bonda tercinta. hehe. kalau balik kampung, berpinggan-pinggan menambah. hehe. so sebagai isteri yang solehah dan bertanggungjawab cewah, kena la terer masak gulai. dan saya memang terer, bak kata encik suami oh masuk bakul angkat sendiri haha

ok, mari kita mulakan

bahan-bahan: 
-ayam/daging
-3-4 ulas bawang merah
-1 biji bawang holland
-1 inci lengkuas
-1 inci halia
-2-3 keping asam keping
-sedikit kunyit ditumbuk
-budu
-santan
-rempah gulai
-garam, gula

*bawang, lengkuas, halia kena blend sampai halussss. santan saya kurangkan. x elok santan banyak-banyak ye. nak ganti dengan susu cair pun boleh. *

cara-cara penyediaan:
-tumis bahan-bahan yang dikisar dengan kunyit, asam keping
-masukkan rempah, gaul sebati
-masuk santan, budu, sesuaikan garam dan gula
-masukkan ayam
-kacau dan masak sampai mendidih

senang kan?masak ni senang je. sape cakap susah masak tu meh saya ketuk dahi tu. hehe. cuma jangan cara memasak tu kawal kita, kita yang kawal cara masak, masam, manis, masin semua tu. baru best.kadang-kadang main campak pun lagi sedap. percayalah. hehe

okay, selamat mencuba semua. bolehla berbuka puasa ala-ala kelantan harini ye?hehe

5 comments:

  1. Blh try..mklum sya dr perak..suami klntan..x pernah cba resepi ni..mlm ni nk cuba..tq

    ReplyDelete
  2. hai, rmpah gulai tu nak dapat dari mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kelantan byk la..luar kelantan susa cket nak jmpe

      Delete
    2. selalu saya beli kat kelantan. kat luar memang susah skit nak jumpa

      Delete

tapak kaki: