Daisypath - Anniversary

Lilypie - Second Birthday

Lilypie - Pregnancy

Labels

business (1) DAI (24) DIY (5) food (26) frens (5) hobby (16) ibu (3) jalan-jalan (5) journey to my big day (35) joy (10) life (101) love (68) mom-to-be (48) mrs. (15) my big day (5) my items (5) my pet (11) my recipe (9) quick update (63) review (4) shopping (11) tips (30) work (20) WW (10)

Saturday, 7 April 2012

update kahwin: door gift

assalamualaikum

untuk door gift, ini list barang-barang dalam paper bag:
  • telur rebus - untuk rombongan lelaki dan special guest aku bagi bunga telur. untuk orang kampung aku bagi telur rebus dalam kotak telur *oh adam yang baik tolong pack kan hehe. csu sayang adam. hehe*
  • sumi - semua dapat. rombongan aku lebihkan
  • gula-gula - untuk rombongan aku pack kan cantik-cantik dalam wrapping plastic kaler pink. hehe. kuantiti of course lebih sikit na. yang lain aku just letak dalam paper bag. 
  • towel in a cute case - lain-lain color, pink, baby blue, yellow.
  • keropok keping - ini special untuk rombongan lelaki je sponsored by my beloved sister. ini dah macam signature kelantan. nasib baik bukan budu. hehe. 
semua list ni aku pack kan dalam paper bag. paper bag go green!comel sangat maaa.  hehe. paper bag goreng pisang tu. eh. up sikit okeh. bukan yang nipis tu. mau koyak kat tengah jalan. haha. paper bag yg aku beli lagi cantik dan lagi kukuh. ingatkan nak beli paper bag yang ada tali tapi since stok xde so aku decide guna yang ni saja. paper bag tu aku lipat, dan aku stapler dan letakkan sticker comel baby pink dan baby blue. kaum kerabat tolong pack. terima kasih semua.

oh mana aku dapatkan paper bag?ni kat sini, wakim. kat KL. senang je nak cari kedai ni.ikut betul-betul alamat dia. dekat dengan kampung baru. tempat ni semua jenis pemborong ada. plastic, paper, container semua ada. harga pun murah2. percayalah.



 ini contoh paper bag yang aku beli haritu. harga serius aku dah lupa. agagaga. dah 4-5 bulan bai. hehe. cer check kat kedai ni eh


ini hasil usaha gigih selama 2 hari sebelum kahwin. hehe.puas hati :)

oh, mana nak dapat sticker putih depan tu?kat kedai tu jugak. kalau korang cam, tu tempat lapik gelas atau cawan kat hotel. hehe. kalau korang cukup kreatif, benda simple pun leh jadi cantik. aku x suka idea dan konsep bag biasa. sebab tu jadi cenggini. hehe. sticker tu kalau x silap RM 2.50 - RM 2.80 untuk 100 pcs. kalau korang nak, boleh je print nama atas sticker ni. tapi aku malas. so aku biar je macam tu. lagi lawa. hehe. 

satu tips bila guna paper bag cenggini sila la suruh flower girl korang pegang elok-elok time nak bagi kat tetamu. nanti penyek. serius x cantik. haha. 

ini salah satu idea yang kreatif dan jimat. kalau nak lagi cantik, kepitkan dengan penyepit baju kayu. tapi spraykan macam-macam color. ini kan kalau korang rajin gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. hehe. 

selamat mencuba!

anything please drop your comment/message. thanks :)

2 comments:

  1. nia, kedai tu ada jual glass jar jugak tak ea?

    ReplyDelete
  2. @dhiera

    glass jar ek?kite rs ada.sebab mcm2 container ada.bekas coklat la bekas lilin.try la g survey.murah2 je

    ReplyDelete

tapak kaki: