Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday

Lilypie - Second Birthday

Labels

business (1) DAI (24) DIY (5) food (26) frens (4) hobby (16) ibu (2) jalan-jalan (5) journey to my big day (34) joy (10) life (100) love (67) mom-to-be (46) mrs. (15) my big day (4) my items (5) my pet (11) my recipe (9) quick update (61) review (4) shopping (11) tips (29) work (20) WW (10)

Saturday, 7 April 2012

update kahwin: borang kahwin

assalamualaikum

seperti mana yang sudah dijanjikan, *juga request oleh membe-membe fb dan membe sekolah seuni sematrik sesemuanya*, sudah tiba masanya aku update semua tentang perjalanan my big day dari A sampai Z. sila bertahan. hehe. banyak tau kerja. ingat senang nak kahwin?hehe

okay, aku mulakan dengan borang kahwin since aku dah update secara terperinci pasal test hiv di sini. test hiv hanya valid 6 bulan sahaja tau. ingat tu.

so bila dah dapat result test, bolehla bergerak ke step seterusnya. yang paling senang is korang terus minta borang permohonan kahwin awal-awal. x semestinya kena test dulu baru boleh apply. sebabnya ada sesetengah pejabat agama negeri, mereka dah siap-siap bagi borang test hiv untuk kita. *itu kalau kita nak buat test hiv kat negeri di mana kita akan bernikah*. macam aku, aku ambil borang daripada kelantan, jabatan agama memang dah bagi siap-siap, tapi aku buat test hiv kat shah alam, senang sebab dekat. samalah dengan encik suami. yang penting test hiv kat klinik kerajaan.

borang permohonan kahwin boleh minta tolong orang lain ambilkan kat pejabat agama tempat kita akan kahwin. contohnya aku akan nikah di mukim pahi, kelantan. so aku akan ambil borang permohonan di pejabat agama daerah kuala krai. harus DIINGATKAN pihak lelaki kena settlekan dulu borang tu baru la pihak perempuan boleh hantar borang tu.

ada kes di mana:

1. bakal pengantin lelaki dan perempuan mukim yang sama

ini memang sangat senang. 2-2 apply 2-2 hantar terus. senang. sebab mukim yang sama

2. bakal pengantin lelaki dan perempuan sama negeri, lain mukim

pihak lelaki selesaikan dekat mukim dia, pihak perempuan mukim dia, then submit.

3. bakal pengantin lelaki dan perempuan negeri yang berlainan

kalau negeri berlainan, contoh aku kelantan encik suami melaka. kerja banyak sikit lah. encik suami kena selesaikan dulu semua untuk borang bakal pengantin lelaki. sediakan sijil kursus kahwin, result test hiv, salinan ic encik suami dan aku. then submit kat jabatan agama melaka. dapatkan sijil kebenaran kahwin untuk kahwin di negeri berlainan. yey. pihak lelaki kena dapatkan kebenaran untuk kahwin dahulu baru anda-anda semua pihak perempuan boleh sibuk isi borang okeh. KEBENARAN PERKAHWINAN ni hendaklah kita-kita bawak balik ke negeri kita nak nikah untuk kita submit borang permohonan perkahwinan kita okay.


next step is dapatkan wali dan saksi, salinan ic saksi dan wali, surat kematian arwah ayah *wali aku is abang aku so aku kena sediakan surat kematian ayah untuk buktikan wali tu betul-betul jatuh kat abang aku*, nasihat aku ialah sediakan sebanyak mungkin salinan fotostat untuk semua benda. dua-dua simpan. so senang kalau ada apa-apa. then isi borang hantar pada imam mukim. imam akan sahkan dan kita kena hantar kat jabatan agama. jabatan agama akan keluarkan kebenaran perkahwinan yang kita tungggggguuuuu. barulah kita boleh kahwin. hehe. kalau xde apa-apa masalah, sekejap je. lainlah kalau kita ada masalah dengan wali ke borang x lengkap ke. macam aku haritu Al-Hamdulillah, xde pape pun jadi. x kena interview pun ha dengan pegawai jabatan agama. sebab BEWARE and GET READY sebab ada sesetengah pegawai dia akan interview. so expectla soalan-soalan hotspot. hehe. yang biasa ditanya is mandi wajib. percayalah. hehe


bila dah ada kebenaran kahwin, surat tu akan valid selama 3 bulan maksimum sahaja. minimum seminggu. kalau x sempat nak buat awal-awal, before seminggu kahwin boleh buat lagi. so sebenarnya sebelum submit semua benda-benda ni, kira lah dahulu supaya x lebih 3 bulan. kalau kurang xpe. okay?


simpan segala dokumen penting. make sure buat copy yang mencukupi. lebih xpe. jangan kurang. simpan siap-siap dalam 2 file yang berlainan. labelkan. hehe. itu cara aku buat dulu. :).
segala benda penting susun elok-elok, ikut turutan. ic encik suami, ic aku, ic wali, ic saksi, sijil kahwin, test hiv *pun aku fotostat. hehe*, surat kematian arwah ayah, ic bonda *oh ada jugak. hehe*

good luck dalam mengisi borang dan menyusun!hehe.

kita  bersambung di step seterusnya. :)

43 comments:

  1. slm.sy nk tnye borang HIV test(if pengantin perempuan dr kelantan nk bt HIV test di selangor) tu,kena amik borang HIV test tu di pejabat agama kelantan ke guna borang klinik di selangor je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous

      bole amek dkt klinik kerajaan yg kita nak buat.contoh nk buat kat selangor,booking dan nnt ada borang.borang tu valid je utk mn2 negeri.yg pnting drpd klinik/hospital kerajaan tau.:)

      hope membantu.hehe

      Delete
  2. owh.sbb sy curious call klinik,die kate biase bride kelantan bwk borang dr kelantan.tapi u dh experience,so xpayahla kan?kire berlenggang la ke klinik selangor tu,pastu amik borang kat klinik je kan?thanks a lot for your fast reply.xtahu nk tnye sape hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous

      dulu pun kalut jugak suruh family minta borang kahwin dekat pejabat agama kelantan. bezanya pejabat agama kelantan akan bagi borang permohonan kahwin dan test hiv sekaligus. borang hiv berbeza setiap negeri. tapi saya x guna pun borang tu, saya juz pegi klinik kerajaan kat selangor dan dorg akan bg borang test hiv. setel. bole je guna utk mana2 negeri. xde isu. yg penting lulus. hehe

      glad to help you. nak clearkan isu apa2, bole je tanya. hehe

      Delete
  3. hi... kalo kita nk nikah di seremban... tp isi borang HIV KL.. tp buat test di selangor boleh ke?

    _ wachaa_

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous

      yang tu i x sure.sebab kalau ikut logik klinik tu mesti nk guna borang kt klinik dia.better tny klinik tu okeh

      Delete
  4. td sy g kk setapak n die bg appointmnt hr kmis 10mei kul 2..tp staf kt c2 suh bwk borg sndri...sy asl dr klntn...xkn sy nk g amek borg kt klntn???help meee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo. ye ke?maybe lain2 klinik lain kot caranya. sebab nia x kena lak. borang semua klinik tu bagi. x cuba tanya klinik lain dulu ke?

      tapi nia ada lagi borang dr kelantan. simpan lagi dalam laci ni. nak guna ke?hehe

      Delete
    2. Just to share juga...saya baru je pegi bt hiv test hari ni kat satu klinik kesihatan di taiping..sy xda borang utk bt hiv test..ops lupa nk bgt...sy org kelantan juga..lps tu pakcik tu xbg...die kata kena bwk borang...perghh...mmg tension sbb dh amk cuti hari ni..,so,sy try pegi klinik kesihatan lain..and explain kt klinik kesihatan tu,syukur alhamdulillah die kata ok..boleh bt test n bagi result..tp dalam borang tu ada tulis dr jabatan kesihatan negeri perak...

      Nia...i risau juga...nk tao...result hiv ni wlu dr mn2 negeri mmg boleh diterima ke kt kelantan nanti?

      Delete
    3. ema: insyaALLAH, boleh je. nia dulu pun borang hiv selangor. sebab result test dia terus hantar ke jabatan agama. kita x dapat pun result tu. sebab tu boleh je mana2 pun.

      tapi untuk confirmation better call jabatan agama kg ema/ tempat nak nikah nanti. dorg akan explain. itu yg terbaik.

      selamat pengantin baru!hehe

      Delete
    4. Ok nia...tq...lmbt lg...insyAllah bulan 8:-)...tulh...ms mama ema tny imam kt kelantan,die kata boleh...harap2 ok lh...risau terlebey...hehe....nway tq fir sharing nia...take care!

      Delete
    5. ema: ooo. pengantin raya. hehe. kelantan kat mana?hehe. kalau nak lagi sure tanya jabatan agama daerah ema tu tau. hehe.

      welcome.u take care too!hehe

      Delete
    6. slm nia, sye dr kl, bkl husbnd org Kelantan, mggu dpn nk g buat hiv, tp klinik tu kate kena ade borang hiv dr Kelantan, da xsmpt nk blik da. So, kalo sye nk copy borang hiv Kelantan tu bleh?mntk tlg sgt2

      Delete
    7. salam. boleh. xyah copy, nia bg je borang tu terus. bukan nak guna dah pun. hehe.

      Delete
  5. salam.. sy nk tumpang tanya.. psl borang kawen ni kn.. sy tggl d bangi dan akan nikah d bangi.. bakal suami sy bermastautin d sg. buloh dan akan bernikah d bangi, kawasan saya.. so lps borang belah bakal suami dh siap, dia kena minta pengesahan penolong pendaftar nikah kat sg. buloh tu ke atau pn penolong pendaftar nikah kat tempat sy d bangi ni?? pastu nak hantar borang dia tu kat pejabat agama tempat dia ke tempat saya?? tolong ye.. blur ni.. hehehe.. mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      kalau ikut pengalaman saya,bakal suami awak kena setelkan dulu borang dia.maknanya hantar ke sg buloh dulu.dh approve,br surat kebenaran keluar dan barula awk hantar borang permohonan awak pulak beserta dgn kebenaran ke bangi.

      Kalau nk lg tepat,better awk tny pejabat agama bangi.tkt lak sy silap.okeh.

      Delete
  6. Salam nak tanya, masa amek borang kt tok imam, kena bawak saksi gak ka? kena tandatangan saksi jgak ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.kalau prosedur di kelantan xperlu.saksi ketika akad nikah shj

      Delete
  7. salam nk tanya, penolong pendaftar nikah tu kat mane? lg satu, kalau pengantin perempuan dan lelaki dari negaeri yg sama tp berlainan mukim, boleh jumpa penolong pendaftar nikah mukim masing2 pada masa yg sama then baru submit borg kt pejabat agama islam daerah atau kena tunggu pihak lelaki siap kan borg dulu baru pihak perempuan boleh buat?

    thx, Anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anis,

      bawa borang dan isi, submit dekat imam mukim masing2 dgn segala dokumen yg diperlukan. barulah ke pejabat agama daerah yang kita nak kahwin tu. rasanya kalau berlainan daerah, lelaki kena setelkan dulu. kalau sama mukim dan sama daerah baru boleh hantar sama2.

      kalau nak apa-apa kepastian better call pejabat agama daerah tempat awak nak kahwin nanti. okey. :)

      Delete
  8. Salam...
    Rsnye dh byk kali kot bace blog2 org ni.. Tp ttp x sure.. Hahhaha.. Gelabah kot..
    Nk tnye, tp pjg sket... Hrp cik pillow talk dpt la tlg saya keluar dr ke"blur"an ni.. Hehhehe

    1) Saya (pengantin perempuan)
    Alamat dlm ic: KL
    Alamat tmpt tnggal skrg : Shah Alam, selangor (4 tahun)

    Dia (pengantin lelaki)
    Alamat dlm ic: Melaka
    Alamat tmpt tinggal skrg: Kajang Selangor (setahun)

    Soalan: Saya akan bernikah di rumah saya (shah alam). Jadi saya harus amik borang di pejabat daerah terdekat, yakni di Shah alam, termasuk untuk bakal pengantin lelaki sekali? Betul x? Adekah ini dlm kategori negeri same,lain mukim? Jika ya, maknye pihak lelaki kene setel borang dia dulu, then baru pass kt bakal pengantin perempuan? Betul x?

    2) Adakah kami berdua harus mengisi luar mukim ke, permastautin ke... Saya kurang pasti. Sebab pening org mention ikut ic la, ikut alamat tmpat tinggal skrg la.. *mode pening*

    3) Untuk hiv, adakah kami boleh terus ke klinik kerajaan tanpa sebarang borang dahulu? Maknanye pegi buat hiv test dulu, dpt result then baru kami pegi pejabat daerah amik borang semua. Boleh ke? Buat mase ni, kami belum amik sebarang borang pun.. And ada terbaca utk jais skrg die buat online borang.. Cume nak tau blh tak pegi je ke klinik kerajaan tu, tanpa sebarang borang dr pejabat daerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg komen kat bawah ni pun awak juga ke?hehe. so saya jawab sekali je la ek?hope boleh tolong awakla.

      1 dan 2)kalau dah 4 tahun stay kat shah alam maknanya awak dah bermastautin kt sini. kalau ikut ustaz time kursus nikah dulu awak boleh minta borang di shah alam. samala kes dgn bakal suami awak. mcm sy, suami sy ic alamat melaka, kerja dan menetap di shah alam. ada option utk amek melaka atau shah alam. tapi dia amek melaka. sebab lg senang dkt dgn rumah mama. kalau jais memang rasanya download online je. benda ni sepatutnya dah diexplain time kursus kahwin. kalau kes awak, bakal suami kena setelkan dulu di kajang. kalau nak lg clear, better call pejabat agama dulu. ok

      3)certain klinik perlukan booking. booking either by phone atau walk in booking. itu kena tanya klinik mana yg awak nak pergi. dan certain klinik memang dia dah ada borang test siap2. macam saya dulu buat kat klinik shah alam, sek 7 tu. borang memang dah ada. tp kena call, booking dulu sbab satu slot hanya ada beberapa couple je. ada limit lah utk satu2 slot tu. test bole buat before amek borang permohonan kahwin. sebab test valid 6 bulan sehingga tarikh kahwin.

      hope dah clearkan sikit awak punye prob. :)

      Delete
    2. Eh... Blh plak terpost 2 kali.. Hhahaha.. ;)
      Thanks yek...
      So far clear... If ade pape mmg better call pejabat agama utk clearer explaination...

      Pape pn, thanks yek.. ;)

      Delete
    3. hehe. xpe. xpe. faham sindrom bride to be. hehe

      bagus lah kalau dh clear, kalau ada je x fhm terus call dorg. saya dulu berapa puluh kali call dorg mintak clarify even benda kecik pun. hehe.

      welcome. kalau ada apa-apa lg nk tanya, tanya la ok. hehe. glad to help u

      Delete
  9. Salam,
    Best bace blog.. :)
    Ade few soalan nk tnye.. Huhu.. Psl kawin ni..

    1) Saya (pengantin perempuan)
    Alamat dlm ic: KL
    Alamat tmpt tinggal skrg: Shah Alam, Selangor

    Dia (pengantin lelaki)
    Alamat dlm ic: Melaka
    Alamat tmpt tinggal skrg: Kajang, Selangor

    Akan bernikah bulan 12.. Dilakukan di rumah saya- Shah Alam. Jadinye kami berdua blh la amik borang di pejabat daerah terdekat, yakni di Shah Alam. Betul kan?

    2) Dlm situasi ni, kami di kategori mane?
    - Same negeri (selangor), tapi berlainan mukim
    Betul ke?
    Klau betul, maknye bakal pengantin lelaki kene setel kan
    borang dia dulu, then pass kt bakal pengantin perempuan..
    Betul tak?

    3) Adakah kami perlu isi borang luar mukim/ daerah?

    4) Untuk hiv test, borang nk buat test tu amik siap2 kt pejabat daerah ke, atau blh je trs pegi kt klinik then kt sane diorg bagi? Buat mase ni, segala borang2 mmg belum amik.. Lgpun ade bace kt jais nye website, diorg buat online.. So isi siap2 then print je.. Cumenye nk tau blh tak buat je dulu test, dpt result baru la isi segala borang2 tu..

    Sorry.. Byk sgt soalan..
    Thanks ye.. Mmg pening pk.. Heeee

    ReplyDelete
  10. hi2..nak tanyalah.

    1)kalau saya nak nikah bulan 4/2013, tapi yg pihak lelaki tu,
    dah siap sign tok imam n tok sidang bulan 11/2012.
    boleh ke? sebab nak submit borang saya dalam bulan 2/2013.

    2)boleh ke saya tolong submitkan borang pihak lelaki utk pengesahan?
    sebab dia bhgian alor gajah. saya pulak kt melaka tengah.

    sebab nya tunang sy nak g india. tu yg buat cepat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) saya rasa boleh kot. selagi awak punye x hantar dan kebenaran belum keluar bole je. kebenaran valid maximum 3 bulan. paling lewat submit pun seminggu.

      2) rsnye boleh kot. tp saya pun xsure. sebab takut melaka lain procedure dgn negeri saya. better awak call pejabat agama daerah tu dulu okey.

      apa-apa x faham awak boleh je tanya terus pejabat agama. insyaALLAH diorang akan guide. :)

      hope membantu ye

      Delete
  11. Salam,

    Nk tya ni sbb x clear lg, sy yana dr kelantan menetap di shah alam dh 8 thn, tunang pulak dr pahang & duk shah alam pn dh 8 thn, nk bernikah bln 3 thn dpn, perlu x kami bt pengesahan pemastautin?Jika perlu, kt mana blh amik borang @ nk jumpa siapa utk pengesahan?thanks....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      hmm. kalau pengesahan permastautin xyah kot.lebih 2 tahun dah kira bermastautin tetap. boleh dptkan borang di selangor. yang penting pengesahan bujang.

      untuk confirmation boleh la call pejabat agama. diorg lebih tau

      Delete
  12. As salam..
    Sy nak tye..boleh x mase nak anto borang..lelaki je yg tlg antakan..ke ayah sy yg kena anta kan..sng cite sape yg dbenarkan hantar borg yg telah siap..ke pjabt agama tmpt pgntin wanita.

    ReplyDelete
  13. sallam,,,sy asal dari kedah,,,,bakal usben lak dari phang,,,yg sy ta phm kt cni,,,kad kebenaran kawen 2,,,dia je yg kena wt kt negeri dia la yer??tlg sy,,,sy mmg ta phm ag ni,,,tade pgalaman,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      bakal suami awak kena dapatkan kebenaran dr jabatan agama pahang dulu. baru boleh proceed dengan jabatan agama kedah. lepas tu baru dapat kebenaran untuk kahwin, baru boleh kahwin

      Delete
  14. Salam... sy dah lewat laa anta borong nikah.. sy bnikah ikutkan 10hb nee.. tp borang x anta lg kat pjbt agama.. sempat ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. sorry lambat reply. rasanya memang x boleh dah kan. selamat pengantin baru.

      Delete
  15. salam

    1)nak tanya, saya bakal bernikah pada bulan 11 thn 2013 ni..insya allah..saya nk tanya la..bakal suami asal kelantan tapi duduk di kuala lumpur kira 4 tahun dh...bagaimana ya?
    2)saya pula asal selangor,kiranya saya kena isi borang nikah on9 sahaja la kan di negeri selangor?
    3)insya allah kami akan bernikah di selangor,jadi bakal pengantin lelaki kena dapatkan surat kebenaran nikah diluar daerah ke?

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam

      1)kalau dah lebih 4 tahun dah kira bermastautin. boleh mintak borang KL rasanya
      2) selangor sekarang rasanya online.
      3) ye

      apa apa better awak call pejabat agama tempat awak nak nikah nanti. apa apa kekeliruan better tanya dorg. selamat pengantin baru in advance :)

      Delete
  16. assalamulaikum..sis sy nk tny ni..mcm saya isi borang kahwin melalui online, bila da siap isi semua perlu ke print ya untuk kte hantar ke pjbt agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam

      pasal tu saya kurang pasti sebab saya memang xde pengalaman macam awak. apa2 better tanya pejabat agama dulu tau. dorg lagi arif. semoga dipermudahkan.

      Delete
  17. salam.. hiv test kne wt sblm mtk borang khwn ke??

    ReplyDelete
  18. Salam sis. Nk tanyaaa. Bakal hasben sy nie byk pulak tersalah tulis dlm borang dia tu. Tulisan pulak cakar ayam. Sy jd tensyen pulak tgk. Biasa la, pmpuan kan. Nk kemas. Hihi. So nk tanya, boleh tk sy fotostat balik borang tu? Sbb, borang tu ada cop no.siri kat hujung sudut atas kanan dia. Huhu. Plisss. Sy nk liquid semua, dan fotostat baru. Boleh ke eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.

      alamak x tau la pulak dik. tanya la jabatan agama ye

      Delete

tapak kaki: